Total Pageviews

Saturday, October 29, 2011

Faber-Castell




 KASPAR FABER

Pada tahun 1761, Kaspar Faber iaitu seorang pembuat kabinet telah membuat pensilnya yang pertama. Dia sendiri yang memotong, membentuk  dan menampal bahagian – bahagian pensil itu  dengan pelekat.

Kaspar kemudiannya menjual pensil – pensil itu di sebuah pasar di Nuremberg Jerman.


Ini adalah gambar pensil kayu tertua di dunia yang di temui.


LOTHAR FABER



Lothar Faber

Lothar adalah cicit kepada Kaspar Faber.  Dia telah menukar cara pembuatan pensil ini dari cara menampal dan memotongnya dengan sendiri kepada cara menggunakan mesin.

Mesin ini dapat membuat lebih banyak pensil dengan lebih cepat dan dengan mutu yang sama bagi semua pensil itu.

Pensil – pensil ini juga telah mula dijual ke luar dari Jerman. Lothar telah membuka kedainya di New York Amerika, London, Paris, Vienna Itali dan St Petersburg Rusia.

Pensil – pensil yang dihasilkan oleh Lothar juga telah memenangi banyak pertandingan penciptaan dan pengiktirafan di luar negara. Lothar semakin kaya dan juga telah mendapat darjah kebesaran yang memberinya gelaran Baron.

Dia kemudiannya dikenali sebagai Baron Lothar Faber.


OTTILIE FABER


Ottilie Faber

Ottilie Faber adalah cucu kepada Baron Lothar Faber. Dia memang selalu bergaya dengan topi berbunganya. Dia telah mengambil alih perniagaan ini dari bapanya.

Ottilie kemudiannya telah berkahwin dengan seorang bangsawan bermisai lentik Jerman bernama Count Alexander zu Castell – Rüdenhausen.

 Count Alexander zu Castell – Rüdenhausen

Dari sinilah nama Faber – Castell bermula, iaitu gandingan nama keluarga mereka. 

*artikel ini dikarang untuk pembacaan Shaliya -  9 tahun. Salah seorang peminat produk Faber Castell :)

No comments:

Post a Comment