Total Pageviews
Monday, October 17, 2011
Cscsteel Oktober 2011
Harga saham Cscsteel telah jatuh dengan teruknya.
Pada 25/6/11 Csc telah mencapai harga tertinggi pada RM1.82 dan pada 26/9/11 ianya telah mencapai harga terendah yakni pada harga RM1.13
Kenapa harganya jatuh teruk?
Andaian saya adalah kerana:
1) Sentimen pasaran yang sangat "bearish" dimana hampir keseluruhan saham di bursa Malaysia jatuh dengan teruknya.
2) Industri besi adalah satu industri yang sensitif dengan keadaan ekonomi semasa. Jadi apabila masyarakat pelabur secara majoriti menjangkakan bahawa ekonomi negara dan global akan menguncup dengan besarnya, maka saham ini menjadi mangsa kepada jualan yang amat besar.
3) Saya ada membaca dimana dikatakan bahawa industri besi tempatan sedang menghadapi saingan hebat dari pemain luar dimana pemain luar ini mengekspot besi ke negara kita dengan harga yang lebih murah. Ini menyebabkan pemain tempatan terpaksa merendahkan kadar keuntungan mereka untuk memberikan saingan.
Pada 14/10/11, Cscsteel telah ditutup pada harga RM1.36.
Jika mereka masih boleh mengekalkan dividen 13sen seperti tahun lepas, maka dividen yieldnya adalah lebih kurang 9.5% - satu perkara yang amat menarik :)
Walaubagaimanapun, berdasarkan prestasi kewangan terkini syarikat, di mana keuntungan setengah tahun mereka adalah jauh lebih rendah berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2010. Ianya adalah satu impian yang sukar untuk dicapai. :|
Labels:
CscSteel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment