Pada tahun 1761, Kaspar Faber iaitu seorang pembuat kabinet telah membuat pensilnya yang pertama. Dia sendiri yang memotong, membentuk dan menampal bahagian – bahagian pensil itu dengan pelekat.
Kaspar kemudiannya menjual pensil – pensil itu di sebuah pasar di Nuremberg Jerman.
LOTHAR FABER
Lothar Faber
Lothar adalah cicit kepada Kaspar Faber. Dia telah menukar cara pembuatan pensil ini dari cara menampal dan memotongnya dengan sendiri kepada cara menggunakan mesin.
Mesin ini dapat membuat lebih banyak pensil dengan lebih cepat dan dengan mutu yang sama bagi semua pensil itu.
Pensil – pensil ini juga telah mula dijual ke luar dari Jerman. Lothar telah membuka kedainya di New York Amerika, London, Paris, Vienna Itali dan St Petersburg Rusia.
Pensil – pensil yang dihasilkan oleh Lothar juga telah memenangi banyak pertandingan penciptaan dan pengiktirafan di luar negara. Lothar semakin kaya dan juga telah mendapat darjah kebesaran yang memberinya gelaran Baron.
Dia kemudiannya dikenali sebagai Baron Lothar Faber.
OTTILIE FABER
Ottilie Faber
Ottilie Faber adalah cucu kepada Baron Lothar Faber. Dia memang selalu bergaya dengan topi berbunganya. Dia telah mengambil alih perniagaan ini dari bapanya.
Ottilie kemudiannya telah berkahwin dengan seorang bangsawan bermisai lentik Jerman bernama Count Alexander zu Castell – RĂ¼denhausen.
Count Alexander zu Castell – RĂ¼denhausen
Dari sinilah nama Faber – Castell bermula, iaitu gandingan nama keluarga mereka.
*artikel ini dikarang untuk pembacaan Shaliya - 9 tahun. Salah seorang peminat produk Faber Castell :)