Total Pageviews

Sunday, June 3, 2012

Axreit

Axis Reit atau Axreit adalah saham kedua terbesar dalam portfolio saham saya. Ianya mewakili lebih kurang 17% kos portfolio saya. Saya sangat meminati saham ini kerana pada masa saya membelinya , ianya memberi pulangan dividen sebanyak lebih kurang 8% - 10%. Pada harga RM2.76 pula iaitu harga penutup pada 31/5/12, ianya memberi lebih kurang 6% pulangan dividen.

Antara perkara yang menarik mengenainya adalah:

1) Dividen yield yang tinggi dan stabil.

2) Peningkatan net asset value (NAV) setiap tahun.

3) Penigkatan saiz syarikat setiap tahun dengan pembelian asset baru yang juga memberi pulangan kadar sewa yang menarik iaitu lebih kurang 8% - 10%.

4) Satu satunya Malaysian Reit (Mreit) yang ada ala-ala "AGM" setiap tahun.

5) Stewart LaBrooy iaitu CEO untuk Axreit adalah pengerusi MReit - memperlihatkan betapa berpengaruhnya dan berpengetahuannya beliau dalam industri Reit ini. Axreit bertuah mempunyai beliau.

Oleh kerana banyak perkara perkara yang baik terdapat pada Axreit maka , berpatutanlah jika dibandingkan dengan Mreit yang lain, ianya mempunyai harga premium tertinggi berbanding nilai NAVnya.
- pada 31/5/12 harga saham rm2.76 / nilai NAV RM2.08.

Saturday, October 29, 2011

Faber-Castell




 KASPAR FABER

Pada tahun 1761, Kaspar Faber iaitu seorang pembuat kabinet telah membuat pensilnya yang pertama. Dia sendiri yang memotong, membentuk  dan menampal bahagian – bahagian pensil itu  dengan pelekat.

Kaspar kemudiannya menjual pensil – pensil itu di sebuah pasar di Nuremberg Jerman.


Ini adalah gambar pensil kayu tertua di dunia yang di temui.


LOTHAR FABER



Lothar Faber

Lothar adalah cicit kepada Kaspar Faber.  Dia telah menukar cara pembuatan pensil ini dari cara menampal dan memotongnya dengan sendiri kepada cara menggunakan mesin.

Mesin ini dapat membuat lebih banyak pensil dengan lebih cepat dan dengan mutu yang sama bagi semua pensil itu.

Pensil – pensil ini juga telah mula dijual ke luar dari Jerman. Lothar telah membuka kedainya di New York Amerika, London, Paris, Vienna Itali dan St Petersburg Rusia.

Pensil – pensil yang dihasilkan oleh Lothar juga telah memenangi banyak pertandingan penciptaan dan pengiktirafan di luar negara. Lothar semakin kaya dan juga telah mendapat darjah kebesaran yang memberinya gelaran Baron.

Dia kemudiannya dikenali sebagai Baron Lothar Faber.


OTTILIE FABER


Ottilie Faber

Ottilie Faber adalah cucu kepada Baron Lothar Faber. Dia memang selalu bergaya dengan topi berbunganya. Dia telah mengambil alih perniagaan ini dari bapanya.

Ottilie kemudiannya telah berkahwin dengan seorang bangsawan bermisai lentik Jerman bernama Count Alexander zu Castell – RĂ¼denhausen.

 Count Alexander zu Castell – RĂ¼denhausen

Dari sinilah nama Faber – Castell bermula, iaitu gandingan nama keluarga mereka. 

*artikel ini dikarang untuk pembacaan Shaliya -  9 tahun. Salah seorang peminat produk Faber Castell :)

Monday, October 17, 2011

Cscsteel Oktober 2011



Harga saham Cscsteel telah jatuh dengan teruknya.

Pada 25/6/11 Csc telah mencapai harga tertinggi pada RM1.82 dan pada 26/9/11 ianya telah mencapai harga terendah yakni  pada harga RM1.13

Kenapa harganya jatuh teruk?

Andaian saya adalah kerana:

1) Sentimen pasaran yang sangat "bearish" dimana hampir keseluruhan saham di bursa Malaysia jatuh dengan teruknya.

2) Industri besi adalah satu industri yang sensitif dengan keadaan ekonomi semasa. Jadi apabila masyarakat pelabur secara majoriti menjangkakan bahawa ekonomi negara dan global akan menguncup dengan besarnya, maka saham ini menjadi mangsa kepada jualan yang amat besar.

3) Saya ada membaca dimana dikatakan bahawa industri besi tempatan sedang menghadapi saingan hebat dari pemain luar dimana pemain luar ini mengekspot besi ke negara kita dengan harga yang lebih murah. Ini menyebabkan pemain tempatan terpaksa merendahkan kadar keuntungan mereka untuk memberikan saingan.

Pada 14/10/11, Cscsteel  telah ditutup pada harga RM1.36.

Jika mereka masih boleh mengekalkan dividen 13sen seperti tahun lepas, maka dividen yieldnya adalah lebih kurang 9.5%  - satu perkara yang amat menarik :)

Walaubagaimanapun,  berdasarkan prestasi kewangan terkini syarikat, di mana keuntungan setengah tahun  mereka adalah jauh lebih rendah berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2010. Ianya adalah satu impian yang sukar untuk dicapai. :|




Tuesday, March 15, 2011

CscSteel 5094

Pada 17/2/2011, Cscsteel telah mengumumkan cadangan pemberian  "single tier" dividen 10 sen dan "single tier" dividen khas sebanyak 3 sen, maknanya jumlah keseluruhan 13sen. Pada hari itu juga harga pembukaan saham Csc ini adalah RM1.75.

....